(FYP) Tz & Syafiq
"Oil Seal Fork Remover"
Friday, May 20, 2011
Latar Belakang Projek
Pengenalan
Pada lazimnya, untuk merekarekabentuk sesebuah produk baru bergantung kepada masalah yang dihadapi pengguna dalam kehidupan seharian dan dapat memberi lebih banyak kelebihan dari yang sedia ada dipasaran.Disebabkan zaman yang semakin maju dari masa ke semasa dan teknologi yang semakin canggih,saya ingin membuat penambahbaikan bagi dapat memuaskan permintaan pengguna.
Justeru itu, saya telah memikirkan dengan teliti untuk menghasilkan “Oil Seal Remover ”.Setelah mengkaji dan membuat penilitian, “ oil seal “ di dalam fork motor sukar untuk dikeluarkan serta boleh mengakibatkan kerosakan jika tidak berhati-hati semasa mengeluarkan “ oil seal “ tersebut. Selalunya mekanik akan mencungkil keluar “ oil seal “ tersebut dan ini mungkin akan menyebabkan fork atau “ oil seal “ akan mengalami kerosakan atau kecacatan.
Setelah mendapat jawapan dari kajian dan penelitian, saya telah membuat keputusan untuk merekabentuk sebuah alat yang mampu mengeluarkan “ oil seal “ tersebut tanpa menjejaskan fork. Alat ini menggunakan tenaga tangan individu untuk menarik keluar spring yang berada di dalam fork. Sebatang rod yang ditambah dengan pencangkuk dua mata di masukkan ke dalam fork. Kemudian, pencangkuk akan mencengkam “ oil seal “ tersebut dan rod akan ditarik ke atas untuk mengeluarkan “ oil seal “ tersebut. Dengan konsep ini,saya akan pastikan dan berusaha supaya alat penghasilan saya dapat mengurangkan masalah yang dihadapi pengguna walaupun alat ini masih belum dihasilkan.
Untuk menjadikan kerja yang remeh atau leceh menjadi senang serta menjimatkan masa dan tenaga.
“ Oil Seal Remover “ masih belum lagi dikomersialkan dan masih menggunakan kaedah manual. Masih terdapat kelemahan dari yang sedia ada.Oleh itu,penghasilan dari alat ini juga boleh dijadikan sebagai objektif.
Saturday, February 26, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)